Posts

Showing posts from 2011

sebuah TEGURAN dari DIA

Image
Satu hari, hati memaksa bibir untuk ceritakan hal sebenar; "luahkan perasaanmu luahkan ketidaktahananmu luahkan betapa hati ini tidak lagi sanggup menanggung tanggungjawab yang diamanahkan..."tapii akal menolak untuk bertindak demikian "jangan, teruskan memikul tanggungjawab ini walaupun sekarang masih sirna tetapi pasti suatu hari fajar akan menyinsing juga, pasti ia akan keluar dengan sinar dan hasil yang akan memanfaatkan bumi ini...teruskan, bersabarlah kerana kebaikan pasti akan meyusuri kesabaran!!" dengus sang akal menolak hujah sang hati. Begitulah, bukan sekali dua hati berjaya dikalahkan oleh akal sehinggalah usia dia didalam tarbiyah mencapai 4 tahun...bukan perkara mudah untuk selalu melukakan hati tapi itulah yang harus dihadapi sidia, hati harus akur dengan akal. Akhirnya dengan berlalunya zaman, kekalahan yang berterusan membuatkan sang hati semakin kuat memberontak mengenangkan sidia yang semakin teruk dalam melaksanakan amanah...kali ini ia

JAUH

Image
Jauh …..semakin jauh dariNYA, Bukan tidak sedar akan kejauhan itu, Tetapi inilah..kelalaian dalam kesedaran… Teruk, lebih teruk dari mereka yang lalai dalam ketidaksedaran.. Ya Rabb, engkau mengetahui bahawa aku ini telah menzalimi diri sendiri.. Ya Rabb, engkau telah kurniakan aku Al furqan itu.. Malangnya aku tidak pandai menghargainya…

Qibla Pointer: Guide to Qibla Direction (Makkah) using Google Map

Qibla Pointer: Guide to Qibla Direction (Makkah) using Google Map