bicara hati melalui tangan
assalamualaikum... entah kenapa hati ini berasa syu sangat selepas melihat blog seorang akhi ini. dia sebenarnya adalah diantara ikhwah yang sebelum ini bersama-sama mengikat janji dalam memperjuangkan islam berjanji untuk menjadi daie bagi menyebarkan islam. sayang sekali, kerana berdasarkan latar belakang, ilmu yang di dada mampu dijadikan sebagai bukti bahawa dia boleh menjadi seorang daie yang hebat dalam menggapai redha Allah.. tetapi kini dia sdah mengundur diri atas alasan apa, waallahua'lam..semoga Allah merahmati perjalanan hidup dia. tak semua orang yang terlibat dalam jalan dakwah ini akan kekal setelah dia menjejakkan kakinya di alam yang ma'ruf tiada karpet merah yang akan dihamparkan. yang ada hanyalah duri2 yang tajam. hanya orang yang sabar saja yang terus menapaki jalan yang suci ini. teringat kata m.cik iaitu musyrifah yang tak pernah knal penat dan jemu dalam usaha untuk memahamkan anak-anak buah dia tentang kpentingan berdakwah dan bagaimana dia berusaha...