Posts

Showing posts from November 21, 2009

"SAYANG ALLAH DAN UJIAN"

Image
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat Allah yang tidak pernah sesekali membiarkan hambanya terkapai-kapai di dunia yang fana ini, tidak pernah sesekali dia membiarkan kita hidup tanpa pemerhatianNYA, tidak pernah sesekali dia membenarkan hambanya hidup melarat melainkan disitu ada hikmah dan pengajaranNYA. Sahabat, ayuhlah kita sama2 renungkan bagaimana Allah memperlakukan kita didunia ini, tak ubah seperti seorang anak kecil dalam pengawasan ibunya bahkan lebih dari itu. Jika kita sering mengatakan bahawa “ ibu mana yang tidak sayangkan anak” dengan alas an bahawa ibu telah berpenat lelah mengandungkan kita, melahirkan kita, menyusui kita dan sebagainya jadi tidak ada alas an untuk kita mengatakan bahwa “Allah sayangkan kita”. Percayalah bahawa Allah sayangkan kita ,masakan tidak kerana DIAlah yang menciptakan kita, bahkan dialah yang menjadikan kita lahir dengan dalam keadaan sempurna sesuai dengan kehendakNYA..jadi bagaimana persoalannya yang dilahirkan tidak