"SAYANG ALLAH DAN UJIAN"


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat Allah yang tidak pernah sesekali membiarkan hambanya terkapai-kapai di dunia yang fana ini, tidak pernah sesekali dia membiarkan kita hidup tanpa pemerhatianNYA, tidak pernah sesekali dia membenarkan hambanya hidup melarat melainkan disitu ada hikmah dan pengajaranNYA. Sahabat, ayuhlah kita sama2 renungkan bagaimana Allah memperlakukan kita didunia ini, tak ubah seperti seorang anak kecil dalam pengawasan ibunya bahkan lebih dari itu. Jika kita sering mengatakan bahawa “ ibu mana yang tidak sayangkan anak” dengan alas an bahawa ibu telah berpenat lelah mengandungkan kita, melahirkan kita, menyusui kita dan sebagainya jadi tidak ada alas an untuk kita mengatakan bahwa “Allah sayangkan kita”. Percayalah bahawa Allah sayangkan kita ,masakan tidak kerana DIAlah yang menciptakan kita, bahkan dialah yang menjadikan kita lahir dengan dalam keadaan sempurna sesuai dengan kehendakNYA..jadi bagaimana persoalannya yang dilahirkan tidak cukup sempurna seperti insane lain??bolehkah kita mengatakan bahawa Allah tidak sayangkan dia? Sahabat, sekali lagi percayalah bahawa walaupun kita dilahirkan tanpa tangan atau buta itu semua tidak membuktikan bahawa Allah tidak sayangkan kita tapi itu membuktikan kekuasaan Allah yang maha Agung tidak ada siapa yang mampu melawanNYA dimana kesempurnaan bukan satu symbol untuk menjadikan seseorang itu taat kepadanya. Bahkan insane yang dilahirkan cacat ini lebih istimewa disisi Allah, saya yakin bahawa setiap amal soleh yang dilakukan oleh insane istimewa ini lebih istimewa ganjarannya disisi Allah kerana usaha dia untuk melakukannya lebih memerlukan kesabaran yang tinggi berbanding insane biasa. Sepertimana kita ketahui bahawa ganjaran orang yang sabar itu besar disisiNYA dan sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang sabar dan sentiasa bersamanya, sesuai dengan firman Allah dalam surah ali imran yang bermaksud :
" 153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
Jadi bersabarlah dan bergembiralah bagi mereka yang merasakan dilahirkan kekurangan kerana anda adalah ibarat sebutir mutiara yang sangat bernilai jika anda menerima kekurangan anda itu dengan penuh kesabaran dan dengan penuh redha. Percayalah…setiap kehendak Allah ada hikmah dan ada ujian disebaliknya, yang tinggal anda hanya perlu bersangka baik dengan Allah, insyaallah kebaikan akan mendahului anda…
Bercakap tentang sabar, ingin sekali saya kongsikan sedikit pendapat saya tentang “hidup ini tidak lepas dengan ujian”…sahabat, sudah saya dahulukan penulisan saya ini tentang sayangnya Allah pada kita dan sekarang ini hendak saya ketengahkan satu bentuk yang menunjukkan Allah sayangkan kita iaitu melalui “UJIAN”…ya saya dapat rasakan sebahagian dari pembaca ini tertanya-tanya bagaimana boleh dikatakan Allah sayangkan kita melalui ujian. Ya, sudah tentunya bila anda membaca atau terlintas perkataan ujian pasti anda terbayang anda dalam kesusahan mungkin kesempitan kewangan atau kesunyian tanpa teman atau penderitaan anda dengan penyakit yang merbahaya yang barangkali boleh membawa maut.
Sahabat, setiap dari kita pasti ingin menjadi seorang yang beriman ataupun habis lekeh kita mahu pasangan kita adalah seorang yang beriman. Jangan anda hairan kenapa ya manusia berkehendakan begitu kerana itu adalah fitrah setiap jiwa manusia, sepertinya kita tahu bahawa sebelum kita dilahirkan didunia ini kita telah mengikat satu janji dengan Al Khaliq bahawa disitu kita telah mengakui bahawa kita adalah hambanya dan tiada sekutu baginya, dan setelah kita lahir, dunialah yang akan membentuk diri kita samaada kita akan berpegang pada janji kita menjadi hambanya yang taat padaNYA atau sebaliknya, jadi janji itu yang membuat kita cenderung untuk menjadi hamba yang beriman. Saya pasti setengah dari pembaca akan tertanya-tanya apakah maksud “dunialah yang akan membentuk kita”? ya disinilah kaitannya dengan “ujian” .
sahabat, seringkali kita diberitahu bahawa dunia itu fana..mengapa ya dikatakan begitu? segala yang kita lihat didunia ini indah belaka, tetapi semuanya itu adalah ujian bagi mereka yang mengatakan mereka beriman pada Allah Al Khaliq. Dunia ini ibarat perangkap bagi orang yang beriman dan bertaqwa dan sepertimana yang dikatakan bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin. Ketahuilah hanya orang yang sabar sahaja akan terlepas dari tipu daya dunia..dan hanya orang yang sabar sahajalah akan dikatakan benar-benar beriman dengan Allah. Allah tidak akan sesekali membiarkan kita mengatakan bahawa kita beriman padaNYA sedangkan kita belum diuji, sepertiman Allah berfirman dalam surah al ankabut yNG bermaksud:
"2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
Jadi setiap musibah yang melanda diri kita merupakan satu peringatan dari Allah untuk menyedarkan kita bahawa kita telah jauh dariNYA dan juga merupakan satu ujian bagi orang yang beriman untuk membuktikan keaslian imannya pada Allah. Dan setiap kali kita menimpa musibah, bersyukurlah bahawa musibah yang didatangkan pada kita itu adalah sebagai bukti bahawa Allah sayangkan kita..sayang untuk tidak bagi kita jauh darinya, sayang untuk memberi ganjaran yang sewajarnya bagi mereka yang sabar menempuh ujian itu.
Oleh itu sahabat, apabila anda diserang penyakit bersyukurlah kerana itu menandakan bahawa Allah sayang pada anda, mungkin anda pernah dengar istilah bahawa “sakit meluruhkan dosa”..na’ …mudahkan Allah nak mengampunkan dosa kita hanya dengan sabar menerima penyakit itu sahaja.
Bila saja kita rasa letih, penat dan tak tahan dengan musibah yang melanda diri kita itu ingatlah pesan Rasulullah SAW :
“ wahai sekalian kaum muslimin, barang siapa yang terkena musibah maka hendaknya ia membandingkannya dengan musibah yang menimpaku, kerana tidak ada seorangpun umatku yang ditimpa musibah melebihi yang menimpaku” .
Anda bayangkanlah penderitaan rasulullah yang dihadapi sepanjang usahanya untuk menyampaikan risalah Allah, dikeji, dimaki, dipukul, dicekik dilemparkan batu dan sebagainya dari jenis penderitaan. Hanya saja untuk melihat kita yang sekarang ini merasa nikmat islam hanya saja untuk melihat umatnya tidak merasai bahang neraka. masyaAllah…tapi kit adakah kita menghargainya malah kita menganggap solat itu berat, puasa itu penat dan bermacam alasan yang kita berikan bahkan sedikit musibah yang melanda kita sudah cukup untuk menghilangkan kesabaran kita. Marilah kita renung2kan bersama…
Sahabat, bila saja kita didatangi musibah anggaplah bahawa musibah itu kita boleh hadapinya dan yakinlah bahawa Allah tidak akan membebani seseorang itu lebih dari kemampuan seseorang dan tidak akan diuji seseorang itu lebih dari tahap keimanannya. Sepertimana hadith Rasulullah yang berbunyi :


Dan Saad bin Abi Waqqas berkata; “Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat cubaan paling berat?” Rasulullah menjawab; “Para Nabi, lalu yang paling menyamai (kualiti) nabi. Dan seseorang akan diuji dengan sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka cubaannya akan semankin berat. Dan Jika ada kelemahan dalam agamanya, ia hanya akan diuji sesuai dengan kadar keagamaannya itu. Maka cubaan tidak akan pernah meninggalkan seorang hamba, hingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sedikitpun dosa.” (HR Ibnu Najah dari Saad bin Abi Waqqas).
Kesimpulannya, setiap dari kita disayangi Allah selagi mana kita mengikut perintah dan meninggalkan larangannya. Ingatlah setiap dari kita pasti diuji Cuma yang membezakan berat sesuatu ujian itu adalah iman. Ketahuilah bahawa setiap kali kita diuji itu menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Iringilah ujian anda dengan penuh kesabaran dan penuh keredahaan pada Allah, kerana hanya orang yang bersabar akan digelar orang yang berjaya disisi Allah.

Comments

Popular posts from this blog

sebuah TEGURAN dari DIA

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN