sebuah TEGURAN dari DIA



Satu hari, hati memaksa bibir untuk ceritakan hal sebenar; "luahkan perasaanmu luahkan ketidaktahananmu luahkan betapa hati ini tidak lagi sanggup menanggung tanggungjawab yang diamanahkan..."tapii akal menolak untuk bertindak demikian "jangan, teruskan memikul tanggungjawab ini walaupun sekarang masih sirna tetapi pasti suatu hari fajar akan menyinsing juga, pasti ia akan keluar dengan sinar dan hasil yang akan memanfaatkan bumi ini...teruskan, bersabarlah kerana kebaikan pasti akan meyusuri kesabaran!!" dengus sang akal menolak hujah sang hati.

Begitulah, bukan sekali dua hati berjaya dikalahkan oleh akal sehinggalah usia dia didalam tarbiyah mencapai 4 tahun...bukan perkara mudah untuk selalu melukakan hati tapi itulah yang harus dihadapi sidia, hati harus akur dengan akal.

Akhirnya dengan berlalunya zaman, kekalahan yang berterusan membuatkan sang hati semakin kuat memberontak mengenangkan sidia yang semakin teruk dalam melaksanakan amanah...kali ini ia harus menang berlawan dengan akal. harus!!


Hampir dua tiga hari ia harus bertarung dengan akal, kali ini akal tidak banyak hujahnya..lebih banyak mendiam..hati mula menolak keras memasang janji untuk memaksa bibir melafazkan perasaannya selama ini kepada pihak atasan, mula merancang memasang langkah untuk menjelaskan hal sebenar dan meminta ditunaikan tuntutannya.


Hujah sang hati untuk menang "jelaskan hal sebenar, dan tuntutlah keinginanmu kerana itu lebih baik dari berdiam dan mengasingkan diri dari jalan juang ini, adakah kamu sanggup hilang dari jalan ini? ahh...pasti tidak, aku sayangkan jalan ini, tidak mahu hilang teman-teman yang didalamnya kerana mereka adalah anugerah Allah yang paling terbesar setelah nikmat islam dan tarbiyah!! jelaskan pada mereka pasti mereka boleh memahami"

Justeru, sang akal terpaksa akur dengan sang hati...

Setelah segalanya diluahkan dengan segenap keberanian...hati terasa kosong seakan-akan hilang perasaan, tidak tahu untuk gambarkan sikap sang hati ketika itu, yang pasti ia berjanji ia takkan menyesal...i'll makesure that i'll not regret with the decision.

Didasar hatinya penuh harapan agar keputusannya tidak akan sekali-kali menjejaskan tarbiyahnya, berharap agar ia akan tetap boleh membantu dakwah ini walaupun sekecil-kecil tugas walaupun harapan itu sentiasa diiringi dengan ketakutan...ya khauf wa roja' itu harus ada pada peribadi daie.

Pagi hari keesokannya setelah perkhabaran itu diterima dan disambut oleh sang atasan...sebaik lepas subuh, sang hati terpanggil untuk menggamit ayat cinta dari Rabbul a'lamin, dibukanya mushaf dan pada ayat pertama bacaannya terasa untuk merenung maksud  ayat tersebut :

33:36
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." ( Al ahzab:36)




"Astaghfirullah...ya Allah adakah ini merupakan teguranMU terhadapku" detik sang hati "ataukah ia hanya sekadar kebetulan?" tapi hati sukar untuk menerima ianya hanya sekadar kebetulan..


Tapi hati tak menyesal berbuat demikian, malah ia berdegil untuk tidak akan tarik kembali permintaannya...
"ya Allah, jika amanah sebelum ini merupakan ketetapan dariMU, tapi hatiku tak sanggup menampung dosa terhadap amanah yang tidak dijalankan, hari-hari aku menanti agar hatiku mampu berubah dan diriku boleh melakukan keajaiban melalui amanah itu, tapi tidak...ia semakin teruk, aku semakin tidak berbuat..ya Allah ampunkan dosaku, bantulah aku agar aku tetap bisa berbuat tanpa amanah itu, ya Allah..walaupun aku telah menzalimi diriku tetapi aku sangat berharap engkau masih mahu memberiku peluang untuk berbuat dijalanMU" rayu sang hati 

Walaupun takut dengan teguran itu, tapi penuh harapan agar Allah mahu mengampunkan kekhilafannya itu..kerana dia tahu, dia berbuat demikian hanya untuk kebaikan dakwah, mungkin caranya salah tapi percayalah ia sentiasa berharap kebaikan akan tetap menyusuli samaada untuk dirinya ataupun dakwah..

Dia berjanji dia akan tetap berjuang kerana dia kasihkan jalan itu....walaupun pengorbanan dia tidak diperhati sesiapa kerana ia mahu menjadi khairul ummah.




 Ya mungkin ada sedikit penyesalan di hatinya kerana bertindak sebelum meminta fatwa dari DIA melalui ayat cintaNYA, kerana kitab itu disediakan sebagai petunjuk untuk hambanya yang bertakwa ;





"Alif, Laam, Miim.Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa"  (Al baqarah:1-2)


"The choosen way is  the way that can give the benefit to us in Hereafter" maka buatlah keputusan yang boleh mencerahkan jalan kita ke syurga...

























Comments

Popular posts from this blog

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN