Posts

Showing posts from January 9, 2010

bisikan hati yang meronta kebingungan

Image
Assalamualaikum wbt….. Alhamdulillah, dalam tengah kesibukan ini… aku mencuri sedikit masa untuk aku coretkan sesuatu di laman ini. Tiada factor lain yang mendorong aku untuk menulis ini melainkan hati ini yang membuak-buak untuk meluahkannya dan juga fikiran ini yang sarat dengan susunan kata2 bagi mengambarkan apa yang terbuku di hati ini. Ya Allah…sesungguhnya aku ini benar2 kerdil dihadapanmu…benar2 ya Allah…ya Allah, tiadalah aku didunia jika tanpa kehendakmu.. ya Allah, susahlah aku jika tanpa nikmatMU, ya Allah, rugilah aku jika tanpa hidayahmu, ya Allah gersanglah hidup ini jika tanpa perhatianmu kepadaku. Ya Allah…sesungguhnya dhalimlah aku terhadap diri ini jika aku tidak pernah tahu untuk mensyukuri nikmatmu ya Allah. Ya Allah kepadaMU lah aku bakal kembali dan telah kau peringatkan melalui kekasihMU rasulullah SAW bahawa seburuk-buruk tempat kembali adalah neraka yang sentiasa marak dengan api yang menyala2 dan kepanasan dari nyalaan itu bukan sebarangan yang mana