bisikan hati yang meronta kebingungan


Assalamualaikum wbt…..
Alhamdulillah, dalam tengah kesibukan ini… aku mencuri sedikit masa untuk aku coretkan sesuatu di laman ini. Tiada factor lain yang mendorong aku untuk menulis ini melainkan hati ini yang membuak-buak untuk meluahkannya dan juga fikiran ini yang sarat dengan susunan kata2 bagi mengambarkan apa yang terbuku di hati ini.
Ya Allah…sesungguhnya aku ini benar2 kerdil dihadapanmu…benar2 ya Allah…ya Allah, tiadalah aku didunia jika tanpa kehendakmu.. ya Allah, susahlah aku jika tanpa nikmatMU, ya Allah, rugilah aku jika tanpa hidayahmu, ya Allah gersanglah hidup ini jika tanpa perhatianmu kepadaku. Ya Allah…sesungguhnya dhalimlah aku terhadap diri ini jika aku tidak pernah tahu untuk mensyukuri nikmatmu ya Allah. Ya Allah kepadaMU lah aku bakal kembali dan telah kau peringatkan melalui kekasihMU rasulullah SAW bahawa seburuk-buruk tempat kembali adalah neraka yang sentiasa marak dengan api yang menyala2 dan kepanasan dari nyalaan itu bukan sebarangan yang mana disediakan bagi hamba2mu yang mendustakan rasulnya bagi hambamu yang tidak pernah mensyukuri nikmat MU dan bagi hambaMU yang sentiasa menganggap dunia ini adalah tempat abadi tempat berseronok-seronok juga bagi hambaMU yang sentiasa berbuat kerosakan di dunia ini. Dan tidak sesekali aku lupa yang engkau telah mengkabarkan berita gembira melalui kekasihmu bahawa sebaik2 tempat kembali adalah syurgaMU yang keindahannya tidak dapat digambarkan oleh akal manusia yang cetek lagi naïf, kalau ada yang mengatakan bahawa taman babilion itu paling indah maka indah lagi syurgaMU yang sudah tentu seindah penciptanya. Telah kau gambarkan sedikit keistimewaan yang berada di jannah tersebut didalam kitab Al aziz alquran nul karim dimana kau menceritakan bahawa disana terdapat bermacam2 buah sama ada buah yang sedia tertanam di bumi ataupun buah-buahan yang yang tidak pernah ditemui sebelumnya dibumi seterusnya kau hiasi lagi syurgamu itu dengan aliran air sungai yang airnya bukan seperti air yang terdapat didunia tetapi air ini disirnai dengan haruman yang tak terperi juga kemanisannya melebihi kemanisan madu dan berbagai macam lagi yang telah engkau sediakan di syurga tersebut . semua itu tidaklah kau ciptakan melainkan untuk dijadikan sebagai hadiah terbesar terhadap hamba2MU yang mensucikanMU terhadap hambaMU yang selalu menganggap bahawa dunia ini hanyalah sebagai sebuah persinggahan dan terhadap hambaMU yang bersusah payah didunia ini demi melihat islam tertegak di bumi ini. Ya Allah beruntunglah mereka….!!
Ya Allah…pertanyaan demi pertanyaan merantai di benak fikiranku, siapa agaknya aku di pandanganmu? Solehah atau tidak? Apa agaknya kesudahan aku diakhirat nanti? Syurga atau neraka? Ya Allah …aku takutt seandainya amalan ibadah yang aku kerjakan selama ini tidak kau terima, ya Allah aku takut bila terbayangkan aku di saat amalan aku ditayangkan dan mendapati aku tidak melaksanakan ibadah yang sepatutnya aku anggap aku sudah kerjakan…ya Allah…bagaimana ya Allah?? Semua itu mengganggu aku… aku merasakan bahawa aku masih tidak jiddiyah dalam beribadah terhadapmu, aku merasakan bahawa aku sentiasa mengmbil mudah dalam beribadah kerana sikap aku yang malas berusaha bersungguh-sungguh.
Ya Allah…hanya engkau saja yang memahami diri ini, kenapa semenjak beberapa minggu yang lalu hinggalah sekarang aku tidak dapat merasakan manisnya beribdah kepadaMU? Ya Allah, apa yang menghalang aku untuk bangun malam mendekatkan diri aku kepadamu? Ya Allah..sudah agak lama rasanya aku tak menangis hiba di hadapanMU, ya Allah sudah sekian lama aku tidak menjadi pengemis dihadapanMU, ya Allah sudah saban hari aku merasa bosan apabila aku berdiri mengadapmu…ya Allah…malu aku untuk menyatakan ini, tapi itulah hakikatnya….tanpa aku meluahkannya pun engkau sudah mengetahuinya kerana engkau maha mengetahu segala yang sir dan segala yang i’lan. Ya Allah…tiada siapa lagi yang mampu menolong aku melainkan engkau ya Allah, aku akui aku mempunyai ramai sahabat yang sentiasa ingin melihat aku menjadi hambaMU yang saleh lagi taleh tetapi dalam keramaian itu tidak dapat membantu aku menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh aku.
Ya Allah, aku dah letih dengan teori…aku dah letih dengan pujukan hati dan cadangan dari minda yang serba naïf ini dalam membantu aku untuk mengubah diri ini. Aku sedar sekarang…aku kekurangan kekuatan, aku kekurangan semangat dalam memaksa diri ini saat bertarung dengan nafsu. Ya Allah, sekali lagi bantulah aku…kembalikan semngant ruhiyah aku untuk mengejar kemanisan iman kemanisan beribadah kepadaMU.
Itu saja pintaku kepadaMU ya Allah…
Dari hamba yang rakus dengan nafsu imarah bissu’

Comments

Popular posts from this blog

sebuah TEGURAN dari DIA

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN