bicara hati melalui tangan

assalamualaikum...

entah kenapa hati ini berasa syu sangat selepas melihat blog seorang akhi ini. dia sebenarnya adalah diantara ikhwah yang sebelum ini bersama-sama mengikat janji dalam memperjuangkan islam berjanji untuk menjadi daie bagi menyebarkan islam. sayang sekali, kerana berdasarkan latar belakang, ilmu yang di dada mampu dijadikan sebagai bukti bahawa dia boleh menjadi seorang daie yang hebat dalam menggapai redha Allah..
tetapi kini dia sdah mengundur diri atas alasan apa, waallahua'lam..semoga Allah merahmati perjalanan hidup dia.

tak semua orang yang terlibat dalam jalan dakwah ini akan kekal setelah dia menjejakkan kakinya di alam yang ma'ruf tiada karpet merah yang akan dihamparkan. yang ada hanyalah duri2 yang tajam. hanya orang yang sabar saja yang terus menapaki jalan yang suci ini.
teringat kata m.cik iaitu musyrifah yang tak pernah knal penat dan jemu dalam usaha untuk memahamkan anak-anak buah dia tentang kpentingan berdakwah dan bagaimana dia berusaha untuk membuatkan kami rasa manisnya di jalan ini.dia pernah mengatakan bahawa seramai mana pun ahli sesuatu jemaah itu, akan adanya sorang demi sorang akan gugur setelah mereka diuji dengan pelbagai ujian. sesunguhnya ini menunjukan bahawa bagaimana Allah membersihkan saff2 dakwah itu daripada orang yang kurang kesabarannya ..

lihatlah...hanya hamba Allah saja yang terpilih untuk meneruskan risalah Rasulullah yang murni ini.
jadi, pilihlah adakah kita hdak menjadi hamba yang terpilih atau kita lebih suka hidup senang melihat kemungkaran berleluasa.

memang setengah orang pernah mengatakan bahawa berdakwah tak semestinya kena masuk mana2 jemaah..
memang btul..tapi ingtlah, paa mulanya memang kita rasa mudah melakukan sorang2, tapi ada ketikanya kita sangat memerlukn jemaah untuk meringankan beban yang tertanggung sebagai seorang daie..dan takala kita rasa beban yang terpikul tak mampu lagi dipikul maka secara automatiknya kita akan futur dan tidak lagi rasa manis untuk meneruska usaha murni itu.
lainnya bila kita dalam jemaah,tatkala kita dalam kesusahan ,maka disinilah ukhwah dalam sesuatu jemaah itu memainkan pernanan untuk menjadi motivator kita.bersama-sama berpimpin tangan unuk teruskan jua perjalanan yang penuh liku hanya untuk sampai ke destinasi terakhir yang dijanjikan Allah bagi hambanya yang bersabar.

percayalah...ukhwah islamiyah itu sangat manis.lebih manis dari madu..
kemanisan ini tidak mampu dituturkan melalui lidah, kerana hanya hati yang merasai kemanisannya.

sayang akhawat fillah

Comments

Popular posts from this blog

sebuah TEGURAN dari DIA

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN