insan rugi separuh vs insan tamak semua

assalamualaikum....agak lama dahkan aku tak menulis di alam maya nikan!!
bukan tak ada idea y' nak ditulis tapi kekangan masa y' menghalang diri ini u' berkomukasi di alam maya ini.
alhamdulillah dalam kesempitan ini, aku gagahkan diri juga bersengkang mata u' mencoret serba sedikit apa y' terbuku dalam kalbu ini.

semakin aku redah ranjau kehidupan aku ini semakin aku merasai banyak benda y' aku telah hilang dan banyak benda y' aku belum capai dan banyak benda y' menyedarkan aku bahwa aku dalam kerugian y' sangat besar.benarlah apa y' dinyatakan Allah dalam kitab al aziz(إن الإنسان لفي خسر)

semakin aku tahu peranan aku hidup didunia ini semakin aku rasa bahwa aku dalam kesempitan...aku merasakan bahawa dunia semakin mengecil bagaikan mahu mengepung aku..benarlah apa y' dikatakan "dunia ini adalah syurga bagi orang kafir tapi penjara bagi orang mukmin" bukanlah maksud aku nak mengatakan bahwa aku ini dah betul2 beriman tapi itulah hakikatnya apabila manusia itu sendiri sedar tujuan dia hidup didunia ini.
bukanlah bererti aku nak mengeluh tapi aku betul2 rasa susah sangat nak jadi mukmin y' sejati..tapi apabila kita dapat melakukannya even dalam jangka masa pendek, subhanallah...indahnya islam. benarlah persepsi orang cerdik pandai...bukan senang nak dapat 4flat, bukan senang nak jadi jutawan kalau bukan tidak merasa jerih payah dahulu. begitu juga kita, bukan senang nak merasakan kemanisan iman dan keindahan islam itu sendiri jika kita tak cuba u' korbankan apa y' indah dihadapan mata kita terlebih dahulu.

mudah...lets say kalau orang kaya sebelum dia kaya dia korbankn masa dia, dia korbankan tidur dia korbankan kehendak dia y' belum mustahak u' dimiliki waktu itu hasilnya dia dapat balik apa y' dia korbankan sebelumnya.sekarang dia sedang menikmati hasil usaha dia sendiri..cantikkan. tapi hakikatnya dia belum merasa kebahagiaan y' hakiki lagi.

begitu jugak orang mukmin y' soleh lagi muslih y' Allah dah janjikan syurga u' dia...masyaallah, syurga tu!!bukan emas bukan perak..tapi syurga tu!! sebelumnya dia korbankan masa dia u' b'seronok dia korbankan ajkan nafsu dia, dia korbankan waktu tidur dia u' berkhalwat dengan Allah dia korbankan segala miliknya demi memperjuangkan kebenaran islam dan dia korbankan apa y' indah dimata orang sekelilingnya u' memilikinya dan semuanya dia lakukan dengan penuh keikhlasan u' mencapai redha Allah.naa...hasilnya dia merasai kemanisan y' sebelumnya dia tinggalkan dahulu bahkan lebih manis dari seisi dunia.

ingatlah bahawa Allah itu tidak akan sesekali mensia-siakan usaha y' hambanya lakukan. jika kita berusaha mengejar dunia maka dunia sajalah y' akan diperolehnya, tapi jika kita berusaha mengejar akhirat maka dunia pasti akan mengikuti kita sejajar dengan visi kita u' ke akhirat.
jadi janganlah jadi insan y' dalam kerugian..keep it jika anda seorang y' tamak.
nak dunia saja ka?nak dunia dan akhirat..fikir dan renung2kan..selamat beramal.
waallahua'lam

posted by ansarullah

Comments

Popular posts from this blog

sebuah TEGURAN dari DIA

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN