RAMADHAN YANG INDAH

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah, ada kesempatan untuk mencoret sesuatu di blog yang sudah lama menyepi..bukan sengaja tidak mahu memuatkan sesuatu atau bukan disebabkan ketandusan idea tetapi disebabkan kekangan masa.alhamdulillah, cuti raya kali ini agak panjang, jadi saya cuba mencerlah mencuri masa untuk meluahkan apa yang ingin sangat diluahkan.

masa itu memang pantas kan!lebih pantas dari potongan pedang...sebab apa sya mengatakan begitu, sebab bulan ramadhan y' kita jalani dengan ibadah puasa dan juga ibadah tambahan y' lain hampir pergi meninggalkan kita selepas beberapa minit saja lagi. rasa macam baru semalam menyambut ketibaan ramadhan,tapi hari ini dah hari terakhirnya.sayu rasa hati ini untuk membiarkan ramadhan pergi..entah masih ada kesempatan atau tidak untuk menemuinya kembali tahun depan. apa agaknya khabar amalan y' kita lakukan sepanjang ramadhan ini, adakah diterima atau tidak y' mana mungkin disebabkan kurang keikhlasan atau kurang penghayatan. dan apa khabarnya doa dan munajat y' kita mohon dan ratapkan selama ini,adakkah dimakbulkan atau didengari atadu tidak y' mana mungkin atas sebab y' sama. "sesungguhnya rugilah seseorang hamba y' berpuasa didalam bulan ramadhan tapi dosanya tidak diampunkan"

alhamdulillah, syukur sangat ke hadrat illahi kerana ramadhan kali ini benar2 terasa hidup buat diri ini. keindahan ini ibarat berbunga2 di hati ini, dan disebabkan inilah, hati ini melonjak girang untuk meluahkannya melalui blog ini. kenangan y' tercipta sepanjang ramadhan di uia bersama2 akhawat y' dikasihi seakan-akan masih terbayang di minda ini, walaupun kenanagn itu sudah berlalu ditelan masa. alhamdulillah, dengan bantuan akhawat fillah dimana mereka berusaha bersungguh2 memohon bilik traveller dalam masjid agar ramadhan kali ini benar2 terasa dan keinginan untuk melalui detik2 beribadah bersama2 akhawat y'lain, akhirnya telah mencipta seribu kenangan. masih terbayang di minda ini, detik2 iftar bersama2 dimana tahun ini akhawat berani tampil kehadapan khalayak umum bagi menyampaikan tazkirah y' benar2 mengisi masa sementara menunggu azan magrib berkumandang, saat2 melaksanakan ibadah terawih, dimana tahun ini agak mencabar sedikit kerana ramadhan kali ini berhadapan dengan kesibukan pelajar2 menghadapi midtermnya dan juga duedate assgigmentnya...alhamdulillah pada awalnya, walaupun sibuk tetap melaksanakan juga terawih walaupun hanya sekadar lapan rakaat. diri ini yakin seandainya hanya seorang diri mengahadapi ramadhan sudah pasti terawihnya diminta excuse juga, tapi disebabkan bersama akhawat rasa agak tercabar juga bila hendak tinggalkan terawih dengan alasan sibuk exam y' berturut-turut dan assignment kena habiskan secepat mungkin. kemudian masih basah lagi kenangan bangun qiyamullail..percaya ataupun tidak..bila bersama akhawat, lewat mana pun tidur, qiyam pasti bangun.kenangan saling kejut mengejut y' mana pada mulanya qiyamullail pada pukul 4.30 pagi kemudian pada spuluh malam terakhir qi yamullail diaawalkan pada jam 3.30 pagi.seterusnya masih teringat program2 y' diatur untuk meghidupkan lagi ruh ramadhan dengan program ramadhan checklist seterusnya minggu kedua dengaan program kenangan indah saat ramadhan y' memaparkan peristiwa2 y' berlaku dalam bulan ramadhan pada zaman Rasulullah. kemudian pada minggu ketiga diteruskan lagi dengan program palestin dekat dihati. seterusnya pada minggu terakhir diadakan pula program iktikaf di masjid selama tiga hari.

selain dalam menikmati keindahan ramadhan , ikatan ukhwah bersama akhawat terasa makin erat. tidur beramai- ramai, makan satu bekas...masyaallah indahnya kenangan ini.

Comments

Popular posts from this blog

sebuah TEGURAN dari DIA

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN