BERGAUL AFDHAL DARI BERSENDIRIAN


assalamualaikum wbt.

Saya pasti, ramai dikalangan kita akan merasa bahagia apabila bertemu dengan sahabat fillah, duduk berbincang mengenai hal ummat, duduk berbual berkongsi ilmu dan sebagainya, tapi mungkin adakalanya tanpa disedari pertemuan kita mengambil masa yang lama yang mana hanya setengah daripadanya saja yang ada keutamaan dan sebahagian yang lain hanya berbual kosong. dan berkemungkinan juga sepanjang pertemuan itu ada perkara yang lahir daripada sahabat kita membuatkan kita rasa kita tidak boleh nak terima kerana berbeza dengan cara dan prinsip kita ataupun kita adalah seorang yang mudah ambil hati dengan teguran atau kata2 sahabt.akhirnya, kita sendiri akan rasa menyesal kerana kerja kita banyak tertangguh disebabkan itu, menyesal kerana perlu menghadapi perasaan yang berbekas ...justeru kita menghukum bahawa pertemuan itu tidak patut berlaku dan mengambil keputusan bertindak menjauhkan diri daripada bertemu kerana kebimbangan perkara yang sama akan berulang.
sejurus dengan itu kita merasakan lebih merasakan ketenangan apabila bila berseorangan, merasakan tidak perlu untuk bertemu berbual sekiranya tidak ada urusan penting. sahabat, dalam hal ini banyak benda yang perlu kita dalami dan fahami terutamanya sebagai seorang daie, berkumpulan itu wajib untuk menegakkan kebenaran islam. sebagaimana firman Allah:
"sesungguhnya Allah menyukai sesiapa yang berperang (berjihad) dijalan Allah dalam keadaan teratur seperti sebuah bangunan yang kukuh" (al ahzab: 4)
dan firmanNYA lagi dalam surah lain :" berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan jangan janganlah kamu bercerai-berai" (3:103).
seterusnya kebersamaan itu juga penting untuk melahirkan persefahaman dalam masa yang sama dijadikan sebagai medan untuk kita "mengcharge" iman dan menguatkan semangat kita. sahabat, apa yang harus kita ketahui bahawa setiap diri manusia itu dilahirkan ada kekurangannya dan disebabkan itulah islam menggalakkan kita untuk bergaul dan mengenali sesama kita bagi melengkapkan satu sama lain.
Jadi cara untuk mengatasinya , apabila kita bertemu pastinya ada yang sedar bahawa topik yang dibualkan sudah melebihi dari yang utamanya maka tugasnya disitu untuk memperingatkan kepada yang lain supaya pertemuan itu diredhai Allah, sesuai dengan firman Allah :
" demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan dan saling menasihati untuk kesabaran dan saling menasihati untuk kebenaran". (103:1-3)

Kalau anda mengakui bahawa anda adalah seorang daie harapnya anda tidak lupa untuk membawa bersama sifat "tajarrud"( satu sifat yang diamalkan oleh para sahabat dan salafus saleh terdahulu) dalam diri anda dimana sifat ini akan mengajar kita untuk sentiasa berlapang dada, berlajar untuk menerima pendapat sahabat fillah yang lain walaupun berbeza dengan prinsip kita asalkan disitu ada kebaikannya jika kita menerimanya, seterusnya belajar bersabar dengan sikap kelemahan dan kekurangan seseorang.

Asalnya anda tahu bahawa berkomunikasi dengan orang dan bersabar dengan situasi yang berlaku adalah lebih baik dari kita memilih untuk bersendirian. Dimana sebuah hadith yang bermaksud:
" seorang Muslim yang bergaul dengan manusia, lalu ia bersabar atas perilaku buruk mereka, itu lebih dari orang yang tidak bergaul dengan menusia dan tidak sabar atas perilaku buruk mereka."(HR Ahmad dan Turmudzi).
Inilah sedikit renungan bersama, dan sebagai teguran untuk diri saya yang mungkin juga sebagai peringatan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

sebuah TEGURAN dari DIA

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN