bila pandangan disertai hati

Assalamualaikum wbt.
Perasaan terharu sejak baru-baru ini selalu sangat menghimpit hati…ya Allah, aku terharu dengan kesibukan akhawat, terharu dengan pengorbanan mereka, terharu dengan ukhuwah mereka, terharu dengan kasih sayang yang lahir di kalangan mereka yang saling mencintai keranaMU dan semua itu diperlihatkanMU kepadaku melalui sepasang mataku yang dianugerahiMU hatta telah melahirkan rasa syukur tersangat-sangat kepadamu dan keikhlasan rasa syukur itu hanya Engkau mengetahuinya . Entah mengapa setiap kali aku melihat semua itu didepan mataku timbul rasa ingin berterima kasih pada akhawat semua..terima kasih kerana bekerja untuk islam dinul haq dan tidak ada yang lain inginku pinta padaMU terrhadap apa yang diperlihatkanmu kepadaku melainkan
“ya Allah berkatilah hidup mereka dengan rahmatmu di dunia ini dan luaskanlah syafaatmu kepada mereka di akhirat kelak”.



Ya Allah, benarlah kehendak dan keazaman yang tinggi memang melahirkan tindakan yang luar biasa..itulah yang aku lihat dan dapati dalam semangat kerja mereka sehinggakan diri ini terasa ingin sekali masuk dalam diri mereka masing2 untuk turut menikmati perasaan cinta berdakwah mereka di jalanMU ini dan ingin sekali untuk menjadi anggota2 mereka ketika mereka mahu bergerak melaksanakan tuntutan dakwah kemudian di akhirat kelak aku akan bersaksi didepanMU bahawa tidaklah mereka menggunakan anggota2 yang kau anugerahi kepada mereka kecuali mereka menggerakkannya untuk melihat agamaMU tertegak di muka bumi dan dengan bangganya aku akan bersaksi di depanmu bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai khalifahMU ketika di dunia dahulu, ya Allah berikanlah mereka cahaya yang telah kau ceritakan di dalam hadith qudsi ,dimana cahaya itu akan menyinari wajah dan menjadikan wajah mereka berseri dan mereka itu bukanlah para nabi dan shuhada tetapi mereka adalah muslimin biasa yang saling mencintai kerana Allah. Maka golongkanlah mereka itu dari kalangan akhawatku tercinta kerana mereka saling mengasihi keranaMU ya Allah.
Ya Allah, ketahuilah bahawa ketika musim result keluar…tidak berani untuk aku bertanya mereka apakah hasil mereka kerana aku tahu aku pasti mencemburui mereka kerana apa? Kerana jika mereka memperoleh hasil yang tinggi itulah rahmat dan nikmatmu sebagai tanda cintaMU yang engkau berikan kepada mereka walaupun mereka tidak mempunyai banyak masa seperti pelajar pintar yang lain untuk menghadap buku sepanjang masa untuk ditelaah dan diulangkaji kerana masa mereka banyak diberikan ke jalanMU, manakala jika mereka mendapat hasil yang biasa ataupun rendah aku yakin dan pasti disisiMU hasil itu tinggi kerana selebihnya Engkau simpan untuk diberikan kepada mereka bila tiba saatnya dan ketika itu manusia pasti mencemburui mereka terhadap apa yang bakal mereka perolehi dan pasti akan wujudnya suara mengatakan “ seandainya aku dahulu menjadi seperti mereka” kerana pemberian yang bakal mereka peroleh itu adalah pemberian yang abadi bukan berbentuk sementara, ya… itu juga sebagai tanda engkau cintakan mereka.
“Ketahuilah bahawa hati ini inginnn sekali…dicintaiMU, mencintai mereka keranaMU hingga kami bertemu kembali di akhirat sana dan ingin sekali dicintai mereka keranaMU hingga kami bertemu kembali dengan wajah-wajah kami disinari nurMU ya Allah”
Susah untuk mengungkapkannya tapi inilah perasaan ana kepada antunna “uhibbukunna fillah hubban syadidan biredhaHU wabinia’matiHI wabiizniHI”
“Terima kasih akhawat, jazakunnallah khairan jaza’ wabarakallahualaikunna barkatan khalidah”

Comments

Popular posts from this blog

sebuah TEGURAN dari DIA

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN