JAUH



Jauh …..semakin jauh dariNYA,
Bukan tidak sedar akan kejauhan itu,
Tetapi inilah..kelalaian dalam kesedaran…
Teruk, lebih teruk dari mereka yang lalai dalam ketidaksedaran..
Ya Rabb, engkau mengetahui bahawa aku ini telah menzalimi diri sendiri..
Ya Rabb, engkau telah kurniakan aku Al furqan itu..
Malangnya aku tidak pandai menghargainya…
Ya Rabb, sampai bilakah aku hanya mampu pandai berkata-kata dan meluah?
Sedangkan dosaku denganMU semakin menumpuk..
Ya Rabb, apakah yang boleh aku lakukan untuk agamaMU..?
Ya Rabb, aku tak tahu apa lagi yang perlu ku pinta padaMU..
Sedangkan engkau telah berikan semua yang aku minta sebelumnya…
Rezki, hidayah, nikmat, rahmat??
Rezki..tidak pernah sekalipun aku terbiar terlantar tanpa sumber hidup
Hidayah..aku pasti engkau telah, dan sedang memberiku hidayahMU
Hinggakan aku sedar akan kelalaian aku sekarang…
Nikmat?nikmat apa yang tak kau berikan padaku? Tiada..
Tidak pernah kau biarkan aku rasa kesempitan hidup
Rahmat? Dan kerana rahmatMU lah aku masih diberi kesempatan untuk beribadah
Ya Rabb, tersangat pantaslah  untukku kata-kata singunganMU “nikmat apakah yang engkau dustakan?”
Ya Rabb, aku berani katakan bahawa engkau kasihkan aku..
Engkau sayangkan aku..dan kerana itulah banyak kesempatan yang engkau berikan padaku
Tetapi aku telah mengabaikannya…
Ya rabb, aku semakin jauh darimu..
Adakah selamanya aku hanya pandai meluah?
Adakah selamanya aku tidak mampu berbuat untuk agamaMU?
Adakah aku akan terus menjadi hambaMU yang rugi?
Allahuakhbar…bantulah aku,
Kuatkan diri, kehendak dan semangatku
Kerana itulah elemen yang penting
Yang mampu menolak aku untuk mendekatiMU
Jangan biarkan aku jauh darimu.
Kerana JAUH  itu adalah hal yang menakutkan
-Faqir ilallah-
Fitriyah abidin

Comments

Popular posts from this blog

sebuah TEGURAN dari DIA

HAYYA TA3LUM ALLUGHATUL ARABIAH..

THE LEGEND OF HARTA QARUN